Jumaat, 22 Mei 2009

KONGSI PENDAPAT

Tujuan aku buat blog ini hanyalah suka-suka saja hendak mengisi masa lapang bila terluang didepan pc. Hanya catitan seharian iaitu aktiviti seharian bila berkesempatan. Nak berbahasa indah aku tak pandai nak susun ayat.. mengaji tak pandai mana... setakat cukupmakan saja. Dulu hala belajaq mana la nak serius sangat asyik teringat nak main saja. Orang lain pulun mengaji aku duk main tak berenti-berenti bila kenang balik rasa menyesal jugak. Tapi dah macam ni suratan kena terima saja la.
Malam ni balik dari masjidKroh dengar Tok Guru (Pak Teh) baca kitab siap ada jamuan pula lepaih tu, sebelum nak lelap mata mai bukak pc dulu, ni la keja aku tiap-tiap malam kalau tak pi mana. Anak aku sorang tu duk tejege mata tengok tv cerita apa tak tau kat tv3, bini aku apa lagi letih kerja siang teruih lelap ataih kosyen..hanyut dah.
Apa yang aku nak cerita buat permulaan hari ni. Kepala ni duk teringat lagi hari Ahad baru ni (17 Mei) aku dengan geng kayuh basikal (tempat aku kat utara pangge gerek)Kroh pi joint dengan grup S.Petani dan merata la adala kot 40 orang lebih kayuh naik Gunung Jerai... kenape tak caya ya.. he pi la tengok http://krohmtb.multiply.com/ h he baru caya no.. Masa sebelum nak pi tu ada la jugak hati duk tepikiaq lepaih ka aku naik tu tinggi sangat.. Dulu masa sekolah dulu habis SRP (1982) aku dengan kawan sekolah ada pi camping kat sana.. ha tanng tu la hari ni aku sampai kayuh gerek... kalau depa kawan-kawan aku tau la tentu depa terkejut berok.. nak buat macam mana aku dah teputuih hubungan dengan depa (nak buat jejak kasih lepaih ni) ada la sorang dua yg duk berubung sampai la (SAHC 1980-1986). Minta depa e-mail ka telepon mai no. bukan apa bila tua-tua ni ingat pulak masa duk jadi budak-budak dulu.
Ok .. hari Ahad nak mai ni (24 Mei) kami geng kayuh gerek ni nak luaq negara pula, duk kira tu ramai tu la jugak..40+ nak kayuh pi Kebun Bunga, Betong, Thailand. Sapayang terbaca ni sila masuk bog ni untuk daftar http://balingbiker.blogspot.com/ mai no ramai-ramai kita pai ser-low ser-low no. Hati nak pi tak tekira tapi takut jugak kalau ada apa-apa yang menjadi halangan kelak. Kita merancang Tuhan yang menentukan.
Hari Sabtu dan Ahad sekali lagi..depa suruh jadi DJ rumah kenduri pulak.. ni pasai haritu pandai sangat tunjuk bakat yang karat ni kat depa..apa aku nak buat tak tau la.. nak kata apa..tak tau. Dulu aruah kawan aku ada buat tak dan nak belajaq kat dia.. tapi duk plan ada la skit..sila o sila... he he macam tu kut no. Nak cari jugak cikgu untuk ajaq ni. Sapa yg ada tip tu boleh la kongsi no.. ajaqla skit nanti aku bagi pengkeraih no.
Jadi tak dak apa nak cerita.. tadi tau dah keputusan mahkamah Datuk Zamberi menang kes.. tahniah la. Datuk Nizar.. nak buat cam mana tak rezeki. Aku sebenaqnya cemuih dah duk ikut cerita politik Perak ni, tak habih-habih.. apa pun kita harap orang melayu Islam tak berpecah no..dua-dua melayu dan masing-masing ada prinsip sendiri.. Kalau buat pilihanraya aku duk kawasan N:01 Pengkalan Hulu..nak undi sapa...rahsia...he.
Buah last ni nak ulas cerita skit apa yg tok guru kata tadi no: Pasai nafsu..kita semua memang tak terlepas dari nafsu. Nabi Muhamad suci dari nafsu..malaikat jibril belah dada cuci nafsu.. macam oranmg yang jantungnya sihat tak dak penyakit bila doktor pakar periksa.. begitula sebaliknya.
Nafsu ni memang menyuruh kita buat jahat saja walau pun kita pi buat kerja baik..dia suruh kita menunjuk kat orang suruh orang puji kita. Apa pun banyak yang aku dapat malam ni dan takdan nak tulih mai kat sini pasai mata ni koi lama koi nak tepejam.
Apapun terima kasih la pada yamng sudi membaca kalau ada apa yang nak kata tu kata la aku sedia dikritik sehebat-hebatnya sebab yang paling hebat Allah taala..mana ada orang yang boleh mengaku dia hebat. Kita ni cuma sementara saja saja kat dunia ni..kata jemaah Tabligh Pakistan yang mai 3 hari kat Taman aku duk ni. Dunia ni hanya mainan saja tidak kekal bagi Allah taala dunia ni ibarat bangkai binatang pelliharaan yang dibuang tuannya. Begitulah dunia disisi Allah Taala. Oleh itu fikir-fikirlah. Wassalam